Thursday 5 April 2012

Nizar 'telan ludah' sendiri

Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membantah pembinaan hab pengagihan projek bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut, memakan diri sendiri apabila beliau sebenarnya yang menandatangani surat menyokong projek itu.

Mohammad Nizar hari ini mengaku bahawa beliau menandatangani satu surat bertarikh 17 Disember 2008 yang menyokong pembinaan hab pengagihan bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut semasa menjadi Menteri Besar Perak.

Pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu membuktikan kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini kononnya tidak bersetuju projek tersebut dilaksanakan di Teluk Rubiah dan mencadangkan kawasan lain di Tanjung Hantu, Segari ternyata suatu pembohongan.

Nizar oh Nizar!....sudah-sudah le, kalau nak bohong pun selidik le betul-betul jangan sampai terkantoiiiiii........

0 comments: