Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat di negara ini mempertimbangkan sebaik-baiknya natijah menjatuhkan kerajaan menerusi rusuhan dan kekerasan, seperti yang cuba dilakukan pembangkang pada perhimpunan 28 April lepas di ibu kota. Bekas Perdana Menteri itu juga percaya pembangkang akan terus melakukan pelbagai perkara untuk memburukkan kerajaan selagi matlamat menjatuhkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak tercapai.