Wednesday, 4 April 2012

Agenda BERSIH 3.0 tersasar jauh

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) 3.0 dijadualkan akan mengadakan perhimpunan pada  bulan ini. Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, perjuangan kumpulan itu lebih kepada kepentingan peribadi pakatan pembangkang. Ini kerana agenda perjuangan pertubuhan itu sudah tersasar jauh, malah lebih dilihat sebagai alat pembangkang untuk menghentam kerajaan, selain menjejaskan imej negara pada peringkat antarabangsa.

Sebelum ini perhimpunan  BERSIH 2.0 telah diadakan. Kesannya kita lihat sendiri apa yang berlaku. Adakah kita mahu perkara ini berulang lagi?

AYOH rakyat Malaysia jom kita ramai-ramai PULAUKAN perhimpunan tersebut. Kita rakyat Malaysia cintakan keamanan dan perpaduan negara.

0 comments: