Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh menyatakan rasa tidak gentar dengan kesediaan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Beliau yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, untuk bertanding dalam pilihan raya nanti, sesiapa pun boleh bertanding asalkan layak dan cukup syarat.
“Perlembagaan di negara ini membenarkan hak untuk rakyat bertanding di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun), jika mereka cukup syarat dan beliau (Zaid) ada hak untuk bertanding jika menepati kelayakan.
“Ia terbuka kepada sesiapa dan sebab itulah ada di sesetengah tempat, ada yang berstatus ‘nenek’ bertanding dan berkempen semasa pilihan raya umum sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Tinjauan Mesra Cakna Rakyat di Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini.
Wednesday, 21 March 2012
Umno Kota Bharu tidak gentar hadapi Zaid
04:20
No comments
0 comments:
Post a Comment