Wednesday 21 March 2012

Kadir Sheikh Fadzir keluar parti?

Bekas veteran UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir semalam menegaskan keputusannya untuk keluar daripada UMNO dibuat tanpa desakan mana-mana pihak. 

Beliau yang dihubungi pemberita bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebab mengapa keputusan keluar daripada parti keramat Melayu itu dilakukan.


Katanya, persoalan berkaitan karier dan perjalanannya dalam politik hanya akan dijelaskan secara terperinci pada satu sidang media yang akan diadakan di pejabatnya di Mines Waterfront Business Park, Mines Resort City, jam 10 pagi, Jumaat ini.

0 comments: