Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat di negara ini mempertimbangkan
sebaik-baiknya natijah menjatuhkan kerajaan menerusi rusuhan dan kekerasan,
seperti yang cuba dilakukan pembangkang pada perhimpunan 28 April lepas di ibu
kota. Bekas Perdana Menteri itu juga percaya pembangkang akan terus
melakukan pelbagai perkara untuk memburukkan kerajaan selagi matlamat
menjatuhkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak
tercapai.