Tuesday 6 March 2012

Kajian sokongan terhadap Najib

SATU laporan  menyatakan 70 peratus daripada rakyat Kelantan kini berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri sejak beliau memegang jawatan itu pada 2009, manakala UMNO memperoleh 69 peratus sokongan rakyat. Kajian di 400 peti undi membabitkan 2,962 pengundi segenap lapisan umur itu mendapati kumpulan pengundi berusia 32 tahun ke bawah mencatatkan peratusan puas hati tertinggi pada 71.3 peratus.

Selain itu Tinjauan Pemikiran Politik Pengundi Kelantan 2011 itu juga mendapati responden di 13 daripada 14 kawasan Parlimen memberi markah lebih 50 peratus kepada Najib kecuali di kubu kuat PAS di Kubang Kerian. Berdasarkan kaji selidik itu, Barisan Nasional (BN) kemungkinan mempunyai harapan besar untuk membaiki pencapaiannya di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka tidak lama lagi.

Pada April depan, genaplah empat tahun Najib memegang teraju kepemimpinan negara dan sejak itu banyak perubahan sudahpun dilaksanakan menerusi program transformasi kerajaan. Beliau juga berusaha mengambil hati rakyat daripada segenap lapisan masyarakat di negara ini dengan melaksanakan pelbagai program 1Malaysia yang ternyata mampu merapatkan lagi perpaduan antara kaum di negara ini

0 comments: